Ada Yahudi Berkeliara Di Grup Islam Friendster

Baru aja saya nemuin tread yang di postkan seseorang bernama Ahmad Daniel. Dia mempostingkan tulisan di grup islam punya orang malaysia. Dia juga orang malaysia masih muda 16 tahun. Postingan dia juga kayanya hasil copas tapi sangat sesat bgt dan menyesatkan. Ini tulisan2 dia.

Ahmad Daniel
Total posts: 335
Member since: March 2008




Jika Muhammad benar-benar seorang Nabi, maka tentulah Allah akan menurunkan Nabi Isa daripada langit untuk membantu Muhammad menyebarkan risalah tauhid semasa hayat Muhammad. Ini bertepatan dengan firman Allah:

Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi, ‘Apabila Aku memberikan kitab dan hikmah kepadamu lalu datang kepada kamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada pada kamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya’. Allah berfirman: ‘Apakah kamu setuju dan menerima perjanjian dengan-Ku atas yang demikian itu?’ Mereka menjawab, ‘Kami setuju’ Allah berfirman, ‘Kalau begitu bersaksilah kamu (para nabi) dan aku menjadi saksi bersama kamu’. (Surah Ali Imran ayat 81)
Tetapi perkara ini tidak terjadi kepada Nabi Muhammad. Allah tidak menurunkan Nabi Isa yang masih hidup itu untuk membantu Muhammad untuk menyebarkan dakwah. Berbeza dengan nabi-nabi yang diberikan kitab dan diutuskan untuk ummat manusia, mereka dibantu oleh nabi-nabi juga, seperti Nabi Musa yang dibantu oleh Nabi Harun dan Nabi Isa yang dibantu oleh Nabi Yahya (Saint John The Baptist). Seperti firman Allah:
Musa berkata, ‘Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia. Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku’. (Surah Toha ayat 29-32)

Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu (Zakaria) dengan kelahiran Yahya yang membenarkan sebuah kalimat dari Allah (iaitu kedatangan Nabi Isa). (Surah Ali Imran ayat 39)

Tetapi kenabian Muhammad itu tiada seorang nabi pun yang masih hidup membenarkannya dan menjadi saksi, baik Nabi Idris atau Nabi Isa kerana Allah tidak menurunkan mereka untuk membantu Muhammad. Ini bertentangan dengan Surah Ali Imran ayat 81. Jelas ini merupakan kenabian yang palsu.




http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2953780&start=0&


Ini ada lagi postingan yang lain


KEPALSUAN ISLAM? [post #25188933] , 02/19/09 08:57 AM Go to next post
Ahmad Daniel
Total posts: 335
Member since: March 2008

Firman Allah: Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci (Surah An-Najm 32)
Di dalam kitab le bab en-nuqul fe asbab en-nuzul, Imam Jalaludin Asuyuti berkata: Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Yahudi beranggapan bahawa apabila seseorang bayi itu mati ketika kecil, maka bayi itu termasuk di dalam golongan orang ‘siddiq’ iaitu manusia yang sempurna. Anggapan mereka ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Nabi. Kemudian baginda bersabda: “Bohong Yahudi itu kerana tidak ada seorang pun yang dijadikan Allah di dalam rahim ibunya kecuali yang ditetapkan apakah dia celaka di neraka atau selamat di syurga”. Maka ayat ini turun berkenaan dengan peristiwa di atas menjelaskan bahawa Allah Maha Mengetahui akan nasib makhluknya.

Hadis ini menunjukkan bahawa sikap Muhammad sukar untuk menerima kebenaran jika kebenaran itu berada di pihak Yahudi. Beliau berani menafikannya sedangkan tatkala putra Muhammad bernama Ibrahim meninggal, Muhammad besabda: “Ia akan beroleh tempat menyusu di dalam syurga” (diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Adi bin Sabit yg mendengarnya dari Barra’ ra.)

Tedapat banyak hadis sahih yang menjadi syahid bahawa kanak-kanak yang belum baligh meninggal akan masuk syurga, seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Khansa’ bin Muawiyah bin Sharim yang diterima dari bapa saudaranya: Saya bertanya: “Ya Rasulullah siapakah penghuni syurga itu?” Ujar Nabi: “Nabi Adalah penghuni syurga, orang yang syahid penduduk syurga, anak kecil juga penduduk syurga”. (Sanad hasan mengikut al-hafiz ibn hajar)

Jadi perkataan Muhammad seperti pada hadis pertama yg telah dikemukakan diatas:

“Bohong Yahudi itu kerana tidak ada seorang pun yang dijadikan Allah di dalam rahim ibunya kecuali yang ditetapkan apakah dia celaka di neraka atau selamat di syurga”.

Menunjukkan pembohongan Muhammad itu sendiri kerana ianya bertentangan dengan hadisnya sewaktu anaknya sendiri meninggal dunia yang menyatakan bahawa anak kecil yang meninggal akan masuk syurga. Ini juga bukti bahawa Islam adalah agama ciptaan manusia kerana banyak berlaku pertentangan antara ucapannya.

Islam tiru agama Yahudi
Jika pada hadis pertama yang dikemukakan di atas kita dapati Muhammad itu suka menunjukkan egonya di depan sahabatnya dan sukar menerima kebenaran walaupun dari agama Yahudi, maka ada satu peristiwa lain lagi yang menarik berlaku, iaitu tentang cenderungnya Muhammad meniru agama Yahudi, sehingga agama Islam itu lebih mirip agama Yahudi berbanding agama Nasrani. Peristiwa itu :

Nabi Muhammad datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Maka tanya nabi: “Ada apa ini?” Ujar mereka: “Hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, hingga dipuasakan oleh Musa S.A.W”. Maka sabda Muhammad: “Saya lebih berhak terhadap Musa daripada kamu”. Lalu beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang agar berpuasa. (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Ini lagi bukti bahawa Islam itu ditiru dari agama Yahudi. Muhammad tidak menunggu wahyu Allah dulu yang menyuruh berpuasa pada hari itu, tetapi terus saja berpuasa untuk menunjukkan keegoaannya. Sedangkan Muhammad sendiri bekata: Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia adalah sebahagian dari kaum tersebut (Riwayat Abu Daud no. 4031 dan Al-Bukhari secara muallaq).

Kita juga tidak heran jika banyak sekali konsep agama Islam itu mirip kepada agama Yahudi seperti Zakat, Kosher, Soum, bahkan solat juga. Cuma solat islam itu 5 waktu berbanding Yahudi hanya 3 waktu. Sebabnya ialah untuk menunjukkan Islam lebih hebat daripada Yahudi sedangkan MUSA menegur Muhammad sewaktu mikraj, tentang ketidakmampuan ummat Muhammad untuk melakukannya.

Muhammad berkata:

Pelajarilah kitab Yahudi, sesungguhnya aku tidak mempercayai sikap mereka terhadap kitab kita. (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Hakim dan Al-Fakihi)

Hadis ini menunjukkan usaha Muhammad secara jelas untuk mempelajari agama Yahudi untuk meniru dan menciplak agama Yahudi. Dia menggunakan sahabat-sahabatnya untuk mempelajari agama Yahudi lalu ajaran agama Yahudi itu diolah lalu diberikan agama Islam.
Muhammad menghina kalam Allah yang terkandung didalam Taurat dengan mengatakan bahawa kitab Taurat tidak tulen dan diselewengkan oleh para ulama Yahudi. Tapi bahkan dengan rasa tidak malu, dia menyuruh para sahabatnya untuk mempelajari Taurat yang didakwanya sebagai tidak tulin itu. Justru jikalau Taurat itu tidak tulin buat apa kamu berusaha mempelajarinya? Jelas bahawa Muhammad tidak malu untuk mencuri ajaran agama Yahudi yang dikatanya sudah ‘diselewengkan’.

Al-Ummi atau Al-Kazzab?

Kaum muslimin percaya bahawa Muhammad tidak pandai membaca dan menulis (ummi), sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran:

‘Dan engkau Muhammad tidak pernah membaca sesuatu kitab sebelum Al-Quran, dan engkau tidak pernah menulis sesuatu kitab dengan tangan kananmu, sekiranya engkau pernah membaca dan menulis tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).’ (Surah Al-Ankabut ayat 48)

Tetapi ada satu riwayat yang menunjukkan bahawa Muhammad sebenarnya pandai menulis:

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ubaidillah b. Abdullah berkata :

Apabila Nabi sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nadi SAW. sakit tenat (didalam riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW. meracau) dan di sisi kita kitab Allah dan ianya mencukupi bagi kita (tanpa wasiat –Sunnah Nabi SAW.) Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya ( diantara menuruti perintah Nabi SAW. dan perintah Umar yang menghalang mereka supaya membawa kertas kepada Nabi SAW.) Nabi SAW. bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak kalian berkelahi di hadapanku! Ibnu Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW. dari menulis surat wasiatnya (hadis no. 114)

Umar cepat mencegah Muhammad daripada menulis kerana takut pecah tembelang bahawa Muhammad itu pandai menulis. Jika orang mengetahui bahawa Muhammad itu pandai menulis nescaya orang tidak akan percaya kepada Muhammad lagi dan gelaran Nabi Al-Ummi akan bertukar menjadi Muhammad Al-Kazzab. Mujurlah Umar pantas bertindak mencegah daripada rahsia ini terbongkar dengan menghalang Muhammad daripada menulis.

Tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis bukan alasan untuk mengatakan Muahmmad tidak tahu dan tidak meniru agama samawi sebelumnya. Muhammad sendiri 5 kali pergi ke negeri Syam dan bertemu dengan pendeta Nasrani bernama Buhaira di Bosra. Tentunya dalam masa 5 kali beliau pergi ke Syam, beliau pernah mendengar kalam orang-orang Nasrani, apalagi Bosra adalah ibu kota wilayah Arabia Empayar Byzantine, dan pusat agama Nasrani di rantau Arab pada waktu itu. Dan bapa saudara Khadijah, Waraqah bin Naufal yang juga seorang pendeta juga pernah berjumpa dengan Muahmmad. Jadi dengan mengatakan Muhammad itu ummi, itu tidaklah cukup untuk mengatakan Muhammad tidak mencedok agama samawi sebelumnya karena bisa saja Muhammad itu pernah mendengar kitab Taurat dan Injil semasa 5 kali perjalannanya ke Syam. Btw, Mufti Saudi, Sheikh Bin Bazz yang buta juga tidak pandai membaca dan menulis, dan ilmu yang didapatinya hanya melalui pendengaran. Justru inaya bukan alasan untuk mengatakan bahawa muhammad tidak mengetahui tentang ajaran kitab terdahulu, bahkan Muhammad juga menyuruh sahabat-sahabatnya untuk mempelajari kitab Taurat supaya dia bisa mencedok ajaran Taurat dan menamakannya sebagai ajaran Islam, sungguh jelek sekali.

[Updated on: , 02/19/09 09:10 AM ]



http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2878620&start=0&

Related Product :

+ komentar + 1 komentar

12 Juni 2009 pukul 14.14

sebaiknya kita org islam lebih percaya kpd iman kita.jgn lah mudah mrah mendengar atoau membaca artikel yg jelas2 ingin menurunkan iman kita atau mengubah iman kiya mjdi lain atau musyrik.percayalah bahwa kebenaran suatu saat akan terungkap.ALLAH MAHA TAHU ATAS SEGALA SESUATU.smoga yg menulis artikel ini cepat sadar dan tobat,sebelum ALLAH menurunkan adzabNya

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BELANJA MAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger